Monday 15 October 2012

Adeh..Demam Sudah..


Selsema, batuk, pening kepala dan akhirnya demam sudah..seram sejuk ditambah pulak dengan cuaca hujan kat luar..grrrrr..bukan marah ehk..tapi menggigil keseram sejukan..ahaha..rosak bahasa..dah macam ni mulalah perut ni mintak makan..haha..


Aku order mi bandung dan teh o..terasa panas lalu kat kerongkong..aduhai..sedapnya..sambil tu dapat melihat orang di depan yang lalu lalang..ternampak pula insiden si isteri menyambut kepulangan si suami dari kerja. Sangat romantik bila si isteri mencium kedua belah pipi suaminya..

Habis licin aku kerjakan..ahaha..selagi selera masih ada ni makan je lah..hujan pun dah mula reda..masing2 sudah pulang dari kerja. Tinggal aku tunggu sampai pukul 8.00..huhu..tapi ok jugak kerja macam ni..aku selesa..sampai rumah mandi, rehat2, buat apa yang patut, lepas tu tidur..banyak juga masa dengan anak2 sebenarnya berbanding kerja office hour dulu..

Lepas makan ni baru aku rasa segar sikit sebab badan dah mula berpeluh-peluh..cuma selsema dengan batuk yang makin menjadi-jadi..bersin dah entah berapa kali..adoyai..aku tak nak cuti, sebab aku nak extra cuti masa Raya Haji nanti..huhu..lama dah tak balik kampung..rindu kat orang2 kampung..

Bestnya balik kampung bila anak2 aku enjoy bermain. Tak banyak kerenah pun..Shifa pun puas berlari kesana kemari..huhu..yang tak bestnya, walaupun diorang penat bermain waktu siang, waktu malam diorang susah pulak nak masuk tidur..sibuk nak main lagi..adeh..

Oh ya, esok Shifa kena suntikan untuk bayi setahun 6 bulan..suntikan ni boleh menyebabkan demam. Yeah! Dah tak ada nak pergi klinik lagi dah..ahaha..tapi, mintak2 lah Shifa ok..kalau masa Anna dulu, dia memang kuat..jarang demam..umur setahun lebih baru demam..kalau demam pun sekejap dah baik..huhu..cuma Shifa ni je selalu demam..ikut sapa la tu? Huhuhu..



No comments: