Tuesday 16 October 2012

Come As You Are


Entry aku ni bukan nak cerita pasal lagu Nirvana ehk..huhu..saja nak cerita sikit pasal hal sekeliling yang berlaku lately ni..semuanya bukan kehendak aku kalau orang lain fikir aku ni macam mana orangnya..aku ni jenis yang realistik..aku tak reti nak buat sesuatu benda yang aku sendiri tak mampu. Lepas tu nak cerita dengan orang yang aku boleh buat semua.

Tak ramai yang tahu aku ada kemahiran yang satu tu..tapi bila orang sindir tentang kebolehan aku, aku masih rasa ok. Tapi kalau dah menjadi bahan ketawa, aku rasa benda tu dah kira 'terlebih garam'..aku tak mahu kata melampau sebab perkataan tu macam over sangat dengan situasi ni. Kalau tak tahu duduk perkara sebenar, lebih baik diam dari mempersendakan orang lain..

Aku tahu kat mana aku berasal..aku tak pernah lupa..dan bila ada orang yang baru kenal aku setahun dua dan lepas tu hilang khabar berita, alih2 muncul di Facebook letak status yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu duduk perkara sebenar. Kononnya kat situ dia sudah dengar dari kedua belah pihak..cuma aku nak tahu di mana pula kenyataan dari pihak aku? Jangan sekali-kali nak memandai-mandai..itu dah kira fitnah.

Mula2 aku tak mahu nak terasa sangat..kang perasan pulak kan..tapi memang aku tahu dia tujukan status tu pada aku..merendah-rendahkan kemampuan aku..memang aku tak pandai macam dia. Aku akui yang dia lebih pandai dari aku. Nak ukur dari segi apa pun dia masih berada di atas aku. Tapi cara dia merendah-rendahkan kemampuan orang, seolah-olah aku melihat dia di bawah tapak kaki aku saja.

Kat Facebook, komen bertali-tali. Yang tak tahu pun seperti menghakimi. Walaupun nak membela seseorang, tanya dulu kesahihannya..walaupun tak sebut nama empunya diri, tapi persepsi yang terasa? Alasannya, maaf jika ada yang terasa..amboi, mudahnya..

Tak apalah..mana ada manusia yang tak buat silap. Janji kena sedar di mana kita berada..dengan siapa kita bercakap. Kerana merasa diri sudah hebat, sehingga lupa yang kamu lebih muda dari saya. Di mana2 pun, walau orang tu tak pandai, layan mereka selayaknya..taraf pendidikan dan pekerjaan bukan pasport untuk kita bersikap double standard..

Aku bercakap bukan kerana aku nak balasan pun. Nak cakap aku dah berjasa ke hapa..tak..sekurang-kurangnya inbox pun dah ok..nak jumpa2 pun aku tak nak demand sangat walau aku di tempat yang benar. Cuma satu je aku nak bagi tahu..walaupun aku tak pandai, tapi aku tak bodoh.



No comments: