Wednesday 3 October 2012

Puding Roti Coklat Cip


Pagi-pagi aku dah plan nak buat puding roti coklat cip ni. Semalam sebelum aku tidur, sempat aku jengah blog rakan FB aku, ni link dia: mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Macam-macam resepi mudah ada kat situ. Sebab aku ni mana sempat nak masak resepi2 yang leceh2 ni..huhu..kebetulan bahan-bahan semua ada kat dapur. Senang lah kerja aku. Buat dia senang je. Aku lepas siap buat, aku bakar dan sambil tu aku buat lah kerja2 rumah. Lepas tu jangan lupa pulak ya..Kang hangus pulak..huhu..


Ni antara bahan-bahannya..roti je tertinggal lupa nak posing..huhu..ok cek resepi dulu..


Bahan-bahannya;

12 keping roti (aku guna 8 keping je bergantung pada saiz loyang)

800ml susu penuh krim (fresh milk/susu cair pun boleh)

3 sudu besar butter

3 biji telur

3 sudu serbuk koko (campur 3 sudu air  panas bancuh jadikan pes)

1 sudu besar tepung jagung

1 penutup esen vanila

1/2 cawan gula



Mula2 panaskan oven 180 celsius api atas bawah,  griskan loyang dengan butter. Siat2 roti tu kecil2, aku buat tiga segi macam ni..masukkan full cream milk, tekan2 sikit biar dia berendam..tabur coklat cip..


Sambil tu pukul telur tadi sampai kembang, masukkan gula, butter yang dicairkan, esen vanila, pes coklat dan tepung jagung..kacau sampai sebati..lepas tu tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40-45 minit..


Begini lah hasilnya..gebu kan..tapi biasalah, puding roti ni gebunya tak lama. Lepas tu kempis balik..huhu..


Hasil selepas dipotong..boleh juga dimakan dengan ais krim..


Selamat mencuba!




No comments: