Saturday 13 October 2012

Sebab-sebab Tak Bersiaran


Semalam satu hari aku tak bersiaran..huhu..masa hari Khamis tu aku dapat panggilan telefon dari rumah. Mak aku cakap Shifa semput..adoiyai..sekejapan aku sampai rumah dalam pukul 5.30 petang tu jugak..memang sebelum tu Shifa selsema dan batuk. Sebelum aku pergi kerja tu dia asyik merengek je..mak aku pun dah tak boleh nak buat apa dah..lastly, dia call suruh aku balik.

Aku call Encik Hubby suruh dia balik cepat. Dalam pukul 8.00 malam kami hantar Shifa ke Klinik Jamiah..mujur masa kami sampai tu memang tak ada pesakit kesuali pesakit yang sedang dirawat. masuk je dalam bilik doktor, aku pun cakap lah yang Shifa ni lelah..Doktor Jamiah cek dan terus Shifa diberikan oksigen.

Bagusnya masa Shifa diamsukkan oksigen, dia diam je tak macam masa kat hospital dulu..huhu..macam nak perang jugaklah..huhu..tapi kali ni dia memang ok..tak banyak ragam..sebelum tu dia langsung tak mahu makan dan minum susu. Tu yang aku risau sangat. Begitu begini, sejam jugak kami kat klinik sebab nak tunggu Shifa dimasukkan oksigen.

Bil RM60..lepas tu kami terus balik..sebelum tu Encik Hubby nak sangat tapau char kuey teow yang selalu aku cerita tu..dia beli 3 bungkus..balik rumah terus je kami makan sebab sebelum tu memang aku tak makan apa2 pun..tiba2 je Shifa datang mengendeng kami makan..haha..selera sudah mari lah..aku bagi dia makan kenyang2..Alhamdulillah, dia dah bertambah ok..

Semalam aku ambil cuti sebab nak jaga Shifa sampai dia betul2 ok..dia ni nak kena cukup tidur baru dia cepat baik. kalau aku kerja, mak aku tak ada masa nak tidurkan dia puas2 sebab mak kan ajar mengaji..Shifa ni asal dengar suara orang mula la dia tak nak tidur..so, semalam aku lepas aku bagi makan tengah hari, aku buatkan susu dan terus tidurkan dia sekali..dengan aku2 sekali tertidur..hehe..lama dia tidur sebab tidurkan kat bilik aku..bangun2 je terus melasak..sampai aku pulak yang tak larat nak layan..sebelum tu lemah je...



No comments: