Monday 22 October 2012

Aktiviti Riadah


Assalammualaikum..

Sebenarnya semalam sempat jugak online tapi sekejap je..yelah, bila aku ngadap lappy je, Shifa mula lah sibuk nak tekan tu tekan ni..padahal dia tengah hayal tengok anime Ratattouille dengan Anna..hari2 dok mengulang cerita yang sama..wahaha..kadang2 dengam aku sekali terbabit sama..masa tu Encik Hubby tak ada, pergi gunting rambut kat area office aku. Balik tu dia cerita ada excident kat depan area perumahan aku..langgar pokok..nanti aku cerita kat entry yang lain okeh..sabar2 bawak bertenang..tehtehteh..

Aktiviti memasak memang berjalan macam biasa walaupun Ahad kononnya nak rehat..wahaha..rehat lah sangat ehk..dapat golek2 kat tilam 2-3 minit dah best..uhuhu..semalam aku masak sambal udang, sup hayam, kailan goreng belacan dengan tempe goreng berempah..lepas masak aku gigih pulak cuci bilik air kat atas..adeh..sangat penat weh..lepas mandi baru aku makan..

Petang tu kami ke Hutan Bandar tapi sebelum tu Encik Hubby decide nak ke Pasaraya Cowboy dulu. Ada benda yang dia nak beli kat sana..kami ikut jek walaupun hati aku meronta-ronta nak ke Hutan Bandar dulu..sebabnya petang tu dalam pukul 5.00 cuaca sangat cantik untuk shoot..huwaaaa!!! Nasib baik lah aku terjumpa sesuatu yang berkenan di hati dan Encik Hubby yang bayar..wahaha..


Salad bowl Luminarc yang sangat cantik. Encik Hubby belikan aku salad bowl saiz yang besar..korang tau berapa harganya? RM9.90 je..murah tak? Kalau kat pasaraya lain entah berapa puluh diorang jual..macam2 aku nak buat dengan bowl tu..selalunya kami tak pernah sampai tingkat 2. Macam2 pinggan mangkuk ada kat situ. Cantik2 macam pinggan mangkuk kat Masterchef..


Sementara tunggu Encik Hubby di kaunter, aku layankan Shifa dengan benda alah ni..kasi dia diam sikit..kalau tak kerjanya asyik nak meronda je. 


NI kalau dengar dari kekuatan suaranya, agaknya dah boleh gerak sampai rumah ni..huhuhu..


Aku memang tak pernah ajar anak aku main benda alah ni..boleh pening kepala kalau dia asyik nampak benda ni. Boleh melolong-lolong kalau tak ditunaikan..


Sebab tu aku dudukkan dia kat mainan yang rosak..ahaha..pandai tak aku..huhu..jangan mimpi lah nak oi Mama kamu nak masukkan coins kat situ..


Anna pun menyemak sama..


Feelingnya ko Anna..lepas tu kena sound pekerja kat situ..benda alah ni cuma sorang je boleh naik. Kecoh ehk..benda alah tu pun dah rosak der..lepas tu cepat2 kitorang berhambus..orang ramai gila kat sini..masa keluar dari Pasaraya Cowboy tu, cuaca dah semakin mendung..huwaaa...nangess..


Tak ada aktiviti nak buat. Nak shoot pun dah tak ada mood..cuaca pun dah mendung..


Shifa sangat intense okeh bab2 makan ni..huhu..Anna pulak boring je..tak dapat nak tengok fish..huhu..Jajan yang Shifa makan tu sangat sedap weh..ada inti peanut butter..


Mengisi kebosanan dengan makan saja..ahaha..


Ini entah kali ke barapa dia makan..


Sebelum balik, akhirnya aku shoot panorama ini..cantik kan..Subhanallah..






No comments: