Thursday 23 May 2013

Celebrating Hubby's Birthday


Assalammualaikum..

Sebenarnya cerita ni dah lama..birthday En. Hubby pun dah lepas..hahaha..baru ni sempat nak update..maklumlah, mak ni busy weh..ok lah, benonya aku tak plan apa2 pun sempena birthday En Hubby ni..cuma pagi tu aku plan nak buat bihun goreng je..lauk untuk lunch pun aku tak plan pun..nak belanja En Hubby, mesti dia tak berapa suka lebih2 lagi aku dah tak bekerja walaupun duit belanja memang tak terusik..cewah, bunyi macam berlagak je kan..ahaha..

Pagi tu lepas siap mengemas, kakak ipar aku call tanya aku ada nak pergi mana2 tak..dia pun suggest ajak pergi picnic..aku pun beritahu kat En. Hubby dan dia pun setuju..makanya, bersiaplah aku memasak bihun untuk dibawa ke picnic..bukan setakat tu je..aku siap buat ayam goreng, buat air oren siap2 masuk kat dalam flask..stok2 jajan habis aku punggah masuk dalam plastik untuk dibawa sekali..memang plan last minute yang berjaya!

Segala kelengkapan semua dah siap, maka aku pun call kakak aku suruh dia join sama..kalau aku lah yang ajak, kakak aku memang on je..ahaha..sebab aku ni walaupun buat last minute plan, confirm je benda tu complete..nak kemana, nak makan apa, nak buat apa, semuanya memang terus set dalam kepala..so, diorang dah tak pening2 dah..start enjin terus jalan..

Bab plan2 macam ni memang aku ni sangat berbakat..kahkahkah..bukan nak puji diri..tapi aku ni memang tak suka kena marah, tak suka orang menunggu, tak suka meleceh..ahaha..senang cakap kalau nak kemana-mana pun En. Hubby just start enjin dan jalan..bab2 barang2 nak kena bawa dari A sampai Z memang aku yang settlekan..kalau aku takut lupa, siang2 aku pesan kat En. Hubby suruh ingatkan..biasanya kaedah memesan ni lebih meningkatkan lagi daya ingatan aku..tak perlu En. Hubby ingatkan, aku dah boleh ingat..hehehe..

Ok, plan terus ke Tanjung Balau..perjalanan kami memang lancar seperti yang dirancang..tapi, bila tiba di Tanjung Balau, hujan lebat selebatnya..chalet semua penuh dan kami tak ada tempat untuk berteduh..nak mandi laut lagi lah kan..mustahil kami dapat bermandi manda ala2 baywatch..kahkahkah..memang tak menahan..kami pun keluar dari kawasan Tanjung Balau..kami ke pantai Batu Layar pulak..tapi, semua pantai kat area berdekatan pun hujan..cuaca pun gelap..tapi untuk tidak mematikan semangat anak2 yang berkobar-kobar nak mandi laut, kami buat planB..alang2 dah sampai kan..

Kami decide pergi ke pantai kat Teluk Ramunia..jauh pun jauh la..janji kami dapat picnic..Alhamdulillah, tak hujan dan kami dapat menyewa chalet kat kawasan Tanjung Sepang..memang terbaik la chalet kat situ..betul2 privacy..kami anak beranak je yang berjimba kat situ..huhu..perkhidmatan kat chalet tu memang superb la bagi aku..semua lengkap..kami plan nak pergi lagi dan berbbq kat situ pulak sempena 6th Anniversary kami..huhu..


Maaf ya, bukan chalet ni yang kami sewa..huhu..ni chalet sebelah dengan chalet kami..best gila dapat stay kat sini..besar ni weh..


Chalet kami macam kat belakang Shifa tu..kami tak plan nak stay, so kami sewa chalet yang boleh kami bilas dan salin pakaian dengan selesa..kebetulan owner chalet ni member En. Hubby so dapat lah kami sewa dengan harga RM20 sehari..murah tak?


Suka gambar ni..syok betul diorang berjimba kan..yang depan ni semua anak buah aku kecuali yang misai tu lah..jotos kang kalau ngaku aku ni makcik dia..ahahaha..


Suka Anna dapat mandi laut..baru ni je dia nak mandi..kalau dulu memang penakut yang amat..kaki masuk pasir pun dah melalak..


Budak ni belum ada keberanian nak mandi laut..cantik kan pemandangan kat sini..


Aktiviti wajib untuk budak2..entah apa la yang dia buat..nak buat Squidwood katanya..

Ok lah..tinggal beberapa hari je kami nak ke sini lagi..tunggu entry aku yang lain ya..tata..



No comments: