Friday 3 May 2013

Jom Kita Mengundi


Assalammualaikum..

2 hari je lagi nak mengundi..sebahagian daripada kewajipan pada negara..aku tak nak lah bagi tahu aku pangkah mana sebab undi tu kan rahsia..tak kisah lah nak cenderung mana2 parti pun..bagi aku itu tak penting sebab tu hak masing2..

Ramai jugak aku tengok masing2 dok like, share dan komen page2 politik ni kat fb..aku tak kisah lah, tapi bagi aku, aku lebih suka memerhati dan like benda2 yang aku rasa tak memihak mana2..kalau sesuatu tu aku ada pengalaman mengenainya dan orang mahu memanipulasi fakta, masa tu aku akan komen berdasarkan pengalaman dan pengetahuan..tak mahu serkap jarang..

Adalah tidak adil bagi aku nak share mana2 video atau status yang belum tentu sahih..sebab, jika ianya tidak benar, aku dah jadi agen fitnah pulak..video pun aku rasa tak boleh percaya sangat..mungkin diedit dan disiarkan sebahagian sahaja..mungkin kebenaran video itu berlaku sebelum atau selepas video tersebut walaupun seminit..jadi, kebenaran tak boleh dinilai..

Dah nak dekat PRU ni memang ramai 'keyboard warrior'..masing2 bijak berhujah tanpa sedikit pun memikirkan perasaan orang lain..mereka kadang2 lupa siapa yang akan membaca komen serta status kita..kadang2 kita tak peduli pun siapa yang baca semata-mata nak orang tahu kita memihak pada siapa..

Aku tak nak sindir sesiapa pun cuma aku nak ingatkan diri aku sendiri..sebab tu aku lebih suka jadi pemerhati page2 politik menjelang PRU ni..tak mahu tuding siapa benar siapa salah seolah-olah kita sahaja di pihak yang betul..

Sebab bila kita menuding jari pada orang lain kerana orang itu salah, sedangkan diri kita juga fasiq kerana menuding jari pada orang salah tersebut..aku tak banyak amal dan aku tak mahu tambah dosa pula dengan perkara2 sebegini..nampak macam tak ada apa2, tapi disebalik keghairahan kita, kita lupa banyak perkara mungkar di situ..ditambah pula orang share pula daripada kita..astaghfirullah..

Nak cerita pasal agama pun ilmu tak penuh di dada..nak mencari pahala, dosa pula yang kita dapat..apa2 pun aku ucapkan selamat mengundi..



No comments: