Friday 28 September 2012

Pilih Tadika Untuk Anna



Saja aku tepek gambar Anna. Budak yang hari-hari dok tanya bila aku nak hantar dia pergi sekolah. Boleh menanah woo telinga aku ni tau..ahaha..setiap kali van sekolah lalu depan rumah, setiap kali tu jugak dia asyik tanya..''mama, bila kita nak sekolah?'' dan jawapan sinonim aku ''tahun depan''..ahaha..

Ramai jugak yang tanya aku kenapa tak sekolahkan budak Anna ni. Budak 4 tahun ramai yang dah sekolah. Ya, aku tahu..tapi tu bagi mereka yang berkemampuan. Duit tak tahu nak buat apa. Betul, memang bagus sekolahkan anak seawal umur 4 tahun, tak ada salahnya..tapi kalau setakat nak sekolahkan anak sebab nak bangga yang mereka mampu sekolahkan diorang kat sekolah mahal-mahal, tu yang aku tak gemar.

Aku memang dah target yang Anna masuk sekolah masa umur dia 5 tahun. Bukan aku tak mampu dari segi material..masa ni Shifa kecik lagi. Selain anak-anak aku, mak aku jugak jaga anak-anak abang aku. Yang sorang tengah nakal, yang sorang nak selia dia balik sekolah dan urus dia pergi sekolah agama pulak. Aku pun tak tahu yang aku boleh dapat kerja macam sekarang ni..

Kesian kat mak aku..mana nak ajar mengaji..dengan Shifa yang asyik dok mengempeng..haih la..memang hectic mak aku tu tau..mana la tak kena darah tinggi melayan kerenah cucu-cucunya..huhu..tapi, Alhamdulillah, lepas aku dapat kerja kat tempat baru ni, tugas mak aku dah makin mudah. Dia cuma jaga budak-budak dan ajar mengaji je..

Tugas-tugas kat rumah semua aku sempat buat..memang tip top lah..kalau cuaca baik, kain jemuran aku dah siap lipat terus! Huhuhu..cekap tak aku..huhu..bukan sebab aku cekap, tapi sebab masa kerja aku yang buat semua kerja rumah sempat buat sebelum aku pergi kerja..masa tu mak aku cuma baring-baring melayan Shifa yang suka mengempeng..hehehe..

Berbalik cerita tadi, sebenarnya aku dah tahu sekolah mana yang sesuai. Aku pilih Sekolah Darul Ilmu sebab selain akademik, sekolah ni juga mementingkan pendidikan Agama. Ada jugak sekolah lain seperti PASTI. Tapi aku rasa Darul Ilmu ni paling sesuai. Bukan sebab PASTI tu tak bagus..kita pun ada kuasa memilih kan..

Walaupun kehidupan kita moden, tak semestinya kita menolak didikan agama. Biarlah ianya seiring..aku nak didikan agama diterap dari kecil. Memang lah kat rumah aku dah terapkan nilai-nilainya, tapi ada lebih baik kalau Anna dapat terus dari sekolah. Budak-budak kalau dengan cikgu dia takut sikit..hehe..

Walaupun Anna belum sekolah lagi, Alhamdulillah..dia dah kenal huruf jawi, dah boleh baca surah Al-Fatihah selain doa-doa pendek..semoga Anna rajin belajar dan menjadi anak yang solehah buat Mama dan Papa ya..




2 comments:

manjer said...

Anak Izan pun sekolah sana.. Ok ALhamdulillah..

sopheshifa said...

Oh ya ke? InsyaAllah, Anna sekolah sana nanti.