Wednesday 19 September 2012

Shifa Dah Baik Yeay!


Sebenarnya dah seminggu lebih Shifa demam. Ini budak kalau demam memang macam tu, tak ada main hari. Main minggu terus. Dah bawa pergi klinik, sampai ubat habis, baru dia baik demam. Doktor siap bagi ubat demam ikut montot tu sebab demam Shifa kuat sangat. Lagi pun dia ni kalau aku kasi ubat memang macam nak perang. Susah woo!! Kena 2 orang. Sorang pegang dan sorang tukang suap. Tapi, yang peliknya time dengan papa dia, tak payah nak pegang-pegang dah. Dia boleh siap duduk kat pangku dan suap pakai sudu je. Kalau dengan aku...hurm..kalau duduk boleh dia lari. Mungkin dia seram kot dengan papa dia..huhuhu..

Sepanjang dia demam, aku memang tak lena tidur lah. Kejap-kejap aku bangun jelum kepala dia yang panas tu dengan tuala basah. Kalau dia merengek-rengek, aku mandikan terus biar suhu badan dia turun. Tak mahu makan, tak mahu susu. Dia cuma nak air masak je. Mana boleh macam tu kan, mesti nak kena makan..takpun susu ke..tapi ok juga la dia nak minum air masak tu. Sekurang-kurangnya boleh turunkan suhu badan dia.

Hari ni dia dah betul-betul sihat, dah boleh angkat 'push car' dia tu. Dia kalau sihat, main push car tu macam nak pergi perang. Habis semua dia langgar. Panjat memanjat, memang hobi dia. Dan yang buat aku teruja, lepas baik demam ni, dia dah mula pandai cakap sikit-sikit. Dah pandai panggil 'kakak', 'pokteh', 'habuk', 'nak lagi', 'diam'..demam ambik upah cakap kot..huhu..


Ni budak demam tu..sob sob baru lepas merengek..dia ni tak macam kakak dia masa kecik. Anna kalau demam dia lawan. Dia main macam biasa, tak merengek-rengek macam ni. Sebenarnya masa hari Sabtu malam minggu hari tu, Anna pun demam. Panas badan dia, tapi dia buat-buat ok jek. Sampai masa dia baring (mungkin dah tak sedap badan) boleh dia menyanyi marhaban berselawat nabi..kekeke..sampai tertido tau..ahahaha..





No comments: