Tuesday 18 September 2012

Bila Anak Asyik Bergaduh


Haih la..pagi-pagi dah buat mama dia naik hot! Kalau dah nama budak kan, memang tak sah kalau tak bergaduh, berebut mainan kan. Lepas tu baik semula, ketawa macam tak ingat donia..gaduh lagi..ishk, "korang ni kalau satu hari tak bergaduh tak boleh ke?" mula dah pemegang pedang halilintar bersuara. Belum nak marah lagi..hehehe..

Ceritanya begini, pagi tadi masa aku tengah masak aku suruh Anna dengan Asyraf main kat luar. Tu pun sebab diorang dah berjanji setia tak mahu buat bising. Kalau dia bising memang kompem aku suruh diorang masuk..tapi, setia dia tak lama..dah mula buat bising. Aku bukan apa, masa tu Shifa tengah tidur. Oh ya, Shifa memang aku tidurkan setiap kali aku bersilat kat dapur. Memang tak boleh masak kalau mata dia celik.  Penah aku dudukkan dia kat table top sepanjang aku masak. Hasilnya, kecah satu dapur..2 kali kerja kang..tobat!

Senyap kejap bila diorang dengar suara aku. Lepas tu aku dengar diorang ketawa mengekek-ngekek. Ok, aku pun sound lagi "hah, nak ketawa jangan kuat-kuat, nanti adik bangun". Lepas tu terus senyap..dan aku pun memasak dengan tenang. Masak dengan penuh kasih sayang lah katakan..ekeke..tengah-tengah masak, gas pulak habis. Baru je masukkan udang tiba-tiba je api pun padam. Udang pun tak sempat masak. Habislah..aku pun call orang gas, dia kata dia akan datang dalam pukul 11 pagi..hah? Masa tu pukul 10.30. Lagi setengh jam..lama tu..mesti sambal udang aku tak sedap.

Aku teringatkan portable gas..Alhamdulillah, aku nampak ada satu tin gas yang belum pakai. Portable gas ni memang aku standby bila keadaan darurat macam ni. Lagi cepat masak tau sebab api dia sangat kuat. Lepas tu aku cepat-cepat sambung masak. 

Kata je pukul 11. Diorang datang dalam pukul 11.30. Aku dah siap masak dah pun..oh ya, berbalik cerita budak berdua tu kenapa tiba-tiba senyap, aku pun ngendap apa yang diorang buat..apa?!! Jeng..jeng..jeng..abis lah pokok bunga diorang buat main sayur-sayur!!! Huwaaa!!! Seperti Kak Ros (kakak Upin & Ipin) aku membebel.

Lepas tu terus senyap..tak lama lepas tu aku dengar diorang bergaduh berebut basikal. Basikal je pun, tapi bergaduh macam perang dunia ke-3..apa lagi habis aura kesatriaan aku pun keluar! Aku tarbiyah diorang cukup-cukup..


Muka diorang lepas kena bebel. Yang sorang dah tak boleh pandang muka aku dah..yang sorang lagi buat aku mendidih jek..


Mendidih tak tengok..sempat aku snap kan walaupun tengah marah..ekeke..


Baru nak berbaik-baik..


Masa ni aku dah nak siap-siap nak pergi kerja. ''Korang kalau bergaduh lagi, duduk je luar, jangan masuk!" garang tak aku..huhu..tak ada mana diorang tu takut..





No comments: