Thursday 27 September 2012

Alahai..



Biar gambar yang berbicara..itu tajuk album dia sebenarnya..benda ni selalu terjadi pada aku..tapi ada Mak Jemah kesah?! Tapi biasa lah..mak Jemah ni kan kalis sindiran. Nak terasa pun kang dikata kita ni sentap..hahaha..donia kalau bertuankan lidah, macam ni lah..lidahkan tak bertulang..ahaha..apa motif lidah dengan tulang ehk? Hehehe..

Sebab tu lah lately ni malas nak berFB sejak sipolan telah mempunyai akaun FB yang baru ni..dah lah aku ni malas nak layan, tapi suka betul dia datang mengendeng kan..ishk3..pegi lah main jejauh ehk, kang kalau aku berbunyik tak sedap pulak awak nak dengar. Ada kang melatop kebabo nanti..dah lah ko kucar kacirkan hidup aku..huhu..kau ingat aku gumbira la macam tu ehk..

Mak aku tak ada ajar aku lawan cakap orang tua, tapi tu lah kan..bila orang tua tu dok sedap mengata hal aku dok bawah ketiak mak bapak, tu yang dulu aku hangin satu badan. Aku benonya malas nak cari gaduh kat kau. Sebabnya aku kesian kat bini kau tu sebab dapat laki suka cari gaduh dengan orang perempuan..eiii..malu lah..

Memang aku masih duduk bawah ketiak mak bapak aku. Motifnya, sebab aku yang jaga diaorang. Aku tak mahu cakap lebih apa jasa aku kat diorang tu. Tapi, sekurang-kurangnya respek sikit lah. Mana pergi sifat kepimpinan kau tu yang kononnya kuat berpolitik? Aku tak follow cara politik kau, kau dah sibuk nak meroyan. Politik is politik, jangan samakan cara kehidupan orang dengan cara politik kotor kau tu!

Sebab kau, aku dengan bini kau tak boleh nak jumpa. Padahal bini kau tu yang support kau dari tak ada apa-apa sampai jadi besar kepala. Mungkin ada segelintir kawan-kawan aku yang tahu cerita pasal ni dulu. Kepada yang tahu aku ucapkan terima kasih sebab memahami. Kepada yang tak faham tu, aku minta maaf sebab bukan senang nak puaskan hati semua orang.

Dan semalam aku terserempak isterinya..Kesian aku tengok. Nak je aku tegur dan ajak dia berborak, tapi aku takut lebam pulak biji mata dia kau kerjakan. Kau kan bencikan aku. Kau pulak kalau dah sayang isteri sangat, suka naik tangan. Tu pun sebab rahsia kau yang aku nampak dah terbongkar. Sumpah aku tak pernah cerita kat orang. Tapi, peribahasa pun ada menyebut, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..kalau aku tak cerita..mesti ada orang lain yang bercerita..siapalah aku nak cerita pasal orang..aku takut dosa tau!

Tiba-tiba aku nampak akaun FB dia yang baru..member aku kata ramai dah dia buat onar kat orang..semoga Allah memberinya hidayah dan lembutkan hatinya. Dulu pun aku penah kena macam ni jugak.  Tapi kawan aku yang lain lah. Husband dia pun kaki hangin. Panas baran tak tentu pasal. Nasib baik lah sekarang dia dah masuk penjara. Kalau ada kat luar ni, ada lunyai bini dia, dia kerjakan..

Peringatan untuk diri sendiri, jangan sesekali sibuk menilai orang lain. Orang salah pun marah kalau orang kata dia salah. Inikan pula orang yang tak bersalah. Kita kena repect orang kalau mahu orang respect kita. Aku anggap dugaan yang datang tu sebagai pengajaran supaya aku lebih berhati-hati..




No comments: