Wednesday 26 September 2012

Pengalaman Kedua


Hahaha..ni pengalaman kedua aku mengandung..lepas umur Anna setahun lebih, aku dah bersedia nakkan baby. Yelah, bila aku rasa aku betul-betul dah sihat, baru lah boleh fikir nak tambah satu lagi. Memandangkan aku lahirkan yang sulung tu secara Caesarean section, makanya aku kena jarakkan kelahiran. Berusahalah aku kan..hehe..tapi tak berjaya. Selepas setahun lebih baru lah aku disahkan hamil..huhu..

Gembira tak terkata macam hamil anak pertama pulak kan..hehehe..Masa tu aku ingat lagi hari pertama berpuasa tahun 2010..tarikhnya aku lupa pulak..ekeke..masa tu aku buat persiapan awal untuk raya tahun tu.  Aku pergi Jusco Bukit Indah untuk beli baju raya Anna. Lepas shopping baju Anna, aku punyalah beria nak beli ayam Nando's untuk Iftar hari tu. Lepas tu aku tergerak hati pulak nak beli pregnant test.

Esoknya pagi-pagi aku test benda alah tu..huhu..berdebar-debar tau! Bila aku tengok ada dua line, aku rasa macam nak melompat je..hahaha..lepas tu aku saja-saja letak pregnant tester tu kat atas meja konsol. Encik Hubby pun perasan. Sengih-sengih dia tengok benda alah tu, tapi dia tak kata apa. Aku tanya dia, dia suka tak? Dia angguk je..orang lelaki ni memang macam tu kan..huhu..

Seminggu sebelum tu aku balik kampung Kota sebab ada kenduri. Masa tu kakak ipar aku boleh tegur aku. Dia tanya aku demam ke? Aku jawablah tak, sebab masa tu aku rasa sihat je. Bukan main beria aku buat kerja kat dapur. Selalunya bila ada kenduri, MIL memang suka kalau aku tolong bahagian potong-potong dengan susun-susun kuih ni. Kemas katanya..ececehh..kembang montot aku jap..hahaha..

Bila aku tau yang aku hamil, tiba-tiba je terus rasa mual. Alhamdulillah, setakat mengandung 2 orang anak ni, aku tak ada masalah morning sickness yang serius. Biasa-biasa je, masih boleh makan lagi. Cuma pening-pening sikit je. Sebulan je aku macam tu, lepas tu aku okey balik. Cuma mengandung kali ni kaki aku awal-awal lagi dah bengkak macam hulk!

Setiap kali hubby aku balik, sebelum tidur hari-hari dia tolong picitkan sampai kaki aku kempis balik..ehehe..serius weh bengkaknya bukan main-main. Rasa berat macam pakai stokin batu! Lepas tu tidur mesti alas dengan bantal.

Masa kandungan aku berusia 8 bulan, tiba-tiba aku rasa baby macam tak bergerak. Waktu tu petang lepas aku balik dari kerja. Nasib baik malam tu hubby aku balik. Esoknya aku pergi klinik Jamiah untuk cek dan scan, dan doktor Jamiah kata baby memang tak gerak. Seram aku wei! Teringat masa aku nak bersalinkan Anna, ada sorang tu anak dia meninggal dalam perut masa kandungan 8 bulan.

Aku pergi Hospital Kulai dan aku ditahan wad. Setiap jam perut aku kena cek nak dengar bunyi jantung baby samada bunyi atau tak. Sepanjang hari aku relax je kat katil. Mak aku tak dapat lawat sebab dia mengajar mengaji. Semalaman jugak aku rindu kat Anna..Kami tak pernah berpisah tau. Malam tu Anna call,  rindunya aku kat dia. Tapi dia okey jek. Tak rindu aku pun..caitt! Esoknya aku discharge. Alhamdulillah, baby tak ada apa-apa..dia tidur je tu. Padahal aku punya lah lasak buat kerja.

Sebulan sebelum tarikh due, tiap-tiap minggu aku kena cek kat GH sampai la tiba waktunya. Ini kerana sebelum ni aku lahir secara caesar. Kali ni doktor cadangkan aku lahir normal. Mula-mula aku seram jugak yelah, dah syok caesar..huhu..tapi lepas tu aku redha je..

Aku dijangka bersalin pada 16 April 2011. 15 April aku dah kena standby kat wad. Doktor yang cek aku masa tu kata aku kena scan perut dulu sebab katanya perut aku besar. Aku pun scan dan doktor tak dapat bagi keputusan yang tepat dan aku terpaksa buat scan lagi. Kali ni ada 4 doktor pakar yang scan. Akhirnya dia kata yang kandungan aku dalam 4kg+. So, aku tak boleh bersalin normal. Pukul 11 malam aku dah mula berpuasa.

Esoknya pagi-pagi nurse dah suruh aku siap-siap mandi dan salin baju untuk caesar. Dalam pukul 8 pagi aku dijangka dibedah. Tunggu punya tunggu, pukul 1.30pm jugak baru aku dapat giliran. Sebab banyak kes yang kena didahulukan. Adeh..lapar sehh..puasa dari malam tadi..lepas tu bermula lah episodnya..

Bersambung....




No comments: