Monday 24 September 2012

Kisah Hari Ahad


Semalam memang aku tak bersiaran. Banyak benda nak kena buat. Maklumlah..aku ni kan ibu serba boleh..kakakaka..perasan ehk..sebab apa aku cakap macam tu? Sebab semalam aku betulkan pili shower aku kat bilik air atas..nak suruh Encik Hubby, dia penat sokmo..wahaha..syian Abang Chubby ku tu..keje berat pun badan tetap maintain chubby..ekekeke..ampun ya bang, esok balik ayang cium tangan..ahahaha..

Pagi-pagi aku dah cantas pokok kari kat depan rumah, sebabnya pokok kari aku tu dah kena makan 'benar'..alah, binatang yang suka melekat kat daun tu..abis daun kari aku tu..banyak berjasa dengan jiran-jiran aku tau. Lepas tu aku trim pokok pandan aku yang dah jauh menjalar..hah, ni pun dah banyak berjasa. Jiran-jiran aku pun selalu mintak. Aku pulak tukang tanam..hahaha..selain pokok pandan dengan pokok kari, aku jugak tanam pokok turi dan pokok serai. Pokok serai aku dah tak hidup lagi. Mungkin sebab jiran-jiran aku rakus mencantas..kahkahkah..

Lepas aku siap berkebun, bermulalah episod masak-memasak aku..hehehe..semalam aku masak chili crab, kentang masak kicap, tempe goreng ketumbar dengan bayam goreng. Naik sakit tumit aku asyik berdiri je. Mungkin semalam aku period, tu yang sakit tahap meletop! Bukan gaban lagi..hehe..nasib baik Farin, anak sedara aku datang. Dia tolong cuci pinggan mangkuk..meacih..

Lepas semua makan dengan jayanya, aku dengan anak-anak aku cuma lepak-lepak kat depan rumah je. Nak jalan-jalan pun dah tak ada mood sebab penat. Bila dah boring lepak-lepak, aku ajak anak aku tidur kat atas. Tutup langsir, bukak kipas, bentang tilam, sumbat susu...settled! Maka, tidurlah kami anak beranak. Bosan betul aktiviti kami tu kan..hehehe..

Lama jugak kami tidur. Anna, celik mata je terus nak mandi. Cuma Shifa aku tak mandikan sebab nak hantar dia pergi gunting rambut..rambut dia kan dah panjang, rimas betul aku tengok..ehehe..maka, bersiaplah kami hantar Shifa pergi gunting rambutnya..Dia ok jek, tak nangis pun.

Lepas tu kami pergi ke Restoran Satay Borak Santai. Sebab nak tapaukan bapak aku sup daging. Bila dah singgah, takkan nak duduk je kan. Kami pun order sup daging dan nasi putih untuk Encik Hubby, soto untuk aku, 10 cucuk satay untuk anak-anak aku dan sup daging untuk di tapau. Bilnya RM30.50. Terkejut beruk aku..beruk pun tak terkejut macam aku tau! Mahalnya..nasib baiklah daging dia banyak..kalau tak, aku pergi  TJ Mart beli daging. Balik rumah terus masak..hahaha..

Lepas Maghrib kami pergi IOI Mall pulak cari mentol. Mentol kat ruang tamu terbakar..memang patut pun. Dah lima tahun kami duduk rumah ni dan baru sekali ni terbakar..huhu..masa kat IOI Mall aku beli mentol kat kedai DIY. Aku memang suka pergi kat sini sebab barang-barang dia semua murah-murah. Aku bukan beli mentol je, aku jugak beli senduk lauk..Hehe..tak habis-habis aku ni dengan senduk kan..hahaha..rupa-rupanya kat sini punya senduk lebih murah dari yang kat Cowboy tu..Kualitinya pun jauh lebih baik..kalau bawak mak aku ni, harus dia memborong..hehehe..

Itulah aktiviti memboringkan kami..anak-anak aku tak kisah, janji diorang dapat keluar bersama dengan kami dah memadai. Walaupun jalan-jalan dekat kawasan perumahan je. Nak tengok mood diorang okey, kami order satay je dah melompat macam beruk..kahkahkah!!!





No comments: