Tuesday 25 September 2012

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama


Nak cerita sikit sejarah-sejarah kelahiran Annasophea pulak..hehehe..bermulalah kisah kelahirannya..masa aku mengandungkannya, tak banyak masalah yang berlaku kecuali masalah kaki aku yang membengkak tak hengat! Ahaha..betis dah macam hulk tau..tapi aku sangat kuat dan tabah..hehe..bila aku disahkan mengandung, aku macam tak percaya sebab aku pernah jatuh sekali kat depan office sehari sebelumnya..Alhamdulillah..kandungan aku sihat.

Tak ada yang aku teringin sangat pun nak makan masa ni. Biasa-biasa je, cuma aku lebih kuat makan..ahaha..masa pergi klinik aku dijangka akan melahirkan pada 12/4/2008. Tapi, masa umur kandungan 8 bulan doktor scan dan mengatakan yang aku bakal melahirkan pada 10/3/2008. Maknanya awal sebulan lah kan..dah la aku nervous sebab tinggal lagi sebulan je nak melahirkan. Rupa-rupanya tinggal tunggu hari je..fuh! Nasib baik aku dah buat semua persiapan. Semua nervous pun dah hilang sebab aku semakin busy..ekeke..

Bila sampai tarikhnya, aku masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Aku ok je..siap bayangkan macam mana lah aku sakit nanti..hish, meremang bulu roma. Cek kat klinik, doktor extend lagi seminggu. Kalau tak bersalin jugak, aku kena segera ke GH. Aku harap-harap sangat yang aku tak ke GH. Tapi, aku masih tiada tanda-tanda nak bersalin.

24/3/2008 aku pergi GH dan dimasukkan ke wad. Cek itu ini dan memasukkan ubat supaya aku ada contraction. Mula-mula macam ada rasa sakit juga, tapi lepas tu hilang. Maknanya usaha tu tak berjaya. Hari yang berikutnya aku dimasukkan ubat lagi, juga tak berjaya. Bila dah dua kali masuk ubat pun tak berjaya, maka aku dihantar ke labour room. Diorang nak suruh aku bersalin secara paksa..huhu..

Sebelum aku dihantar ke labour room, doktor telah memecahkan air ketuban aku..ewww..nyilu weh..tapi aku kuatkan semangat. Sebab aku nak sangat tengok muka anak aku. Aku ingat masa tu pukul 10 pagi. Kat labour room, aku sekali lagi dimasukkan ubat tapi jenis air. Doktor kata, biasanya kalau air ketuban dah dipecahkan, aku akan rasa sakit. Tapi, sampai pukul 10 malam aku tak rasa sakit. Habiskan masa tidur je. Lepas pukul 10 malam, doktor bagi tahu yang aku kena juga dibedah sebab ubat dah masuk badan terlalu lama dan masih tak melahirkan.

Masa tu aku memang tabah sangat. Dalam kepala waktu tu, aku nak sangat baby keluar dengan selamat. Itu je..hubby aku dah seram sejuk. First time aku tengok hubby aku kalut..hehe..akhirnya tepat pukul 1.30 pagi iaitu pada 29/3/2008 aku dimasukkan ke theater room. Tempat tu memang aneh bagi aku sebab suasana dia menyeramkan..hahaha..macam tengok filem dalam tv tu..huhu..lepas aku disuntik epidural, aku dah mula rasa kebas dari perut hingga ke kaki.

Masa doktor-doktor melakukan pembedahan tu, aku cuma relax je sambil melihat persekitaran. Ramai jugak pembantu-pembantu doktor kat bilik ni. Masing-masing relax je. Bila doktor keluarkan baby je masing-masing bertempiaran..hahaha..aku dengar suara pembantu doktor cakap 2.06am! Haha..waktu aku melahirkan baby.

Lepas tu aku terus tak sabar nak tengok rupa baby. Masa tu diorang terus je mandikan baby dan aku dengar ''hah..bagus, baby dah kencing, dah berak.'' Alhamdulillah..lepas tu aku dengar baby aku menangis..tak sabarnya..korang pun mesti rasa apa yang aku rasa kan..teruja dan syukur! Lepas tu aku dengar ''4kg, 55cm.'' ''Besarnya anak awak, makan apa ni?'' Yelah, mana aku tau anak sulong boleh besar macam tu..huhu..

Nurse tunjukkan baby kat aku..''Baby perempuan ke lelaki?'' tanya nurse tu..aku jawab perempuan! Masa tu sempat aku tengok rupa anak aku. Macam tu ke rupa dia? Bengkak2..huhu..ikut rupa siapa tu? Yang aku perasan sangat kulit baby tu putih melepak..hehe..Reaksi biasa ibu baru macam tu lah..ahaha..




No comments: