Sunday 16 September 2012

Cerita Pasal Band Favorite Aku



Inilah band favorite aku..PINK FLOYD..dan ini antara clip video dia yang paling awesome! Video ni diambil semasa konsert reunion diorang. Ditubuhkan di London, England pada tahun 1965 dan dianggotai oleh Roger Waters(vocals), Nick Mason(drums), Richard Wright(keyboards,vocals), dan Syd Barrett(guitars,vocals). Pada tahun 1967 David Gilmour menganggotai Pink Floyd dan menjadikan line-up band ini seramai 5 orang. 

Pada tahun 1968, Syd Barrett telah pun keluar dari Pink Floyd atas alasan masalah mental. Ni lah kan, bila dah terlalu berseni sangat sampai mental pun boleh rosak..hehehe..Pink Floyd ni tergolong dalam genre Progressive Rock dan Psychedelic  Rock..cuba cari kat kamus, ada tak? Huhuhu..

Band ini sangat legend woo..lagu-lagu dia pun best bagi mereka2 yang meminati genre ini. Kalau diorang buat konsert, mesti ada penonton yang mati kena pijak. Yang menangis, jangan cakap ar..aku memang teringin nak pergi konsert diaorang ni. Tapi konsert diorang ni sangat limited. Bukan senang nak dapat tiket. Kalau pergi pun ibarat pergi hantar nyawa..huhuhu..takut kena pijak!

Ini antara gambar2 diorang yang sangat artistik..banyak sebenarnya, tapi ni je yang aku google..


Ni gambar masa diorang muda, masih jambu lagi..hehehe..


Ni gambar tengok langit..tapi tetap awesome!


Gambar masing-masing dah tua..


Picture ni kalau letak kat timeline Facebook memang cun ni..hehe..




No comments: