Monday 17 September 2012

Filem The Lovely Bones



Filem ni filem yang aku tak jemu-jemu nak tengok. Kena pulak dengan video klip dari Pearl Jam ni. Cerita dia mengisahkan Susie yang telah dibunuh oleh jiran dia sendiri secara kejam. Sebelum mayatnya dijumpai, rohnya seperti mencari jasadnya yang telah dipotong dan dibuang.

Keluarganya yang sebelum ini bahagia tiba-tiba mengalami konflik sehingga ibunya meninggalkan ayah dan adik-adiknya buat sementara waktu. Adik perempuannya tu dapat menghidu bahawa jirannya yang selama ini nampak baik, rupa-rupanya menyembunyikan banyak pembunuhan licik yang dilakukannya.

Bila tengok cerita ni, rasa takut pulak kalau ia berlaku pada kami. Seram siot! Mintak dijauhkan lah ya. Sebab tu anak-anak aku takkan keluar ke playground kalau aku tak ikut sekali walaupun playground tu kat depan rumah je..

Jom layan lagu ni dan tengok klip video ni sekali. Mana tahu, korang pun berminat nak tengok (kepada yang belum tengok) filem ni..hehehe..





No comments: