Monday 17 September 2012

Aktiviti Hari Ini


Hari ni memang tak kemana-mana. Duduk kat rumah je rehat-rehatkan diri. Rehat? Tak ada lah rehat sangat pun. Time ni lah aku ada masa nak cuci toilet. Penat tau cuci toilet kat rumah aku ni..maklumlah rumah pun murah, kualiti pun murah..hahaha..kena sental betul-betul baru nampak bersih. Makan masa jugak nak bersihkan.

Petang ni kakak aku yang sulong nak datang. Aku cadang nak masak mihun Singapura je senang..Tujuan kakak aku datang sebab nak mintak tolong abang ipar aku buat wiring. Lampu depan kat pagar tu tak menyala sejak petir kuat sebelum ni. Kat area rumah aku ni memang kawasan aktif petir. Dah beberapa kali jugak barang letrik kat rumah aku kena petir. Bukan tu je, barang letrik kat ofice aku pun sama kena petir.

Bukan hubby aku tak boleh buat, tapi dia kerja pulak hari ni. Tak ada siapa yang boleh tolong betulkan. Bukan tu saja, lampu kat ruang tamu pun dah kelap kelip..dah lima tahun duduk rumah ni tak pernah tukar mentol..mesti dah terbakar.









No comments: