Saturday 15 September 2012

Shepherd's Pie



Dah lama aku tak buat Shepherd's Pie ni. Sebenarnya tak susah pun nak buat. Janji ada bahan mencukupi dan tahap kerajinan ada baru lah boleh buat..hehehe..kat sini aku nak kongsikan resepi Shepherd's Pie yang sangat mudah..gambar yang kat atas tu adalah gambar sebelum dipotong. Masih fresh from the oven..


Yang ni pie yang telah dingap..huhu..sedap tau kalau makan panas-panas..sebenarnya aku buat hari yang berlainan. Sebab tu saiz loyang tu berbeza..anak aku pun suka makan pie ni..yelah..anak-anak aku kan gila kentang. Hubby pun suka juga makan. Pendek kata kami anak beranak memang suka makan..hahaha..

Bahan-bahan topping;

10 biji kentang
200ml full cream milk
2 sudu butter
blackpepper
garam secukup rasa


Bahan-bahan inti;

400g daging cincang
1 biji bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu tepung
2 sudu butter (untuk tumis)
mix vegetables
blackpepper
garam


Cara-caranya;

1) rebus kentang yg dibuang kulit hingga empuk
2) lenyek kentang yang sudah empuk bersama butter dan susu
3) masukkan garam dan blackpepper secukup rasa
4) salut loyang 9" dengan separuh kentang lenyek tadi hingga menutupi dinding loyang & ketepikan
5) tumis bawang & bawang putih hingga naik bau
6) masukkan daging cincang dan gaul sehingga masak
7) tambah tepung gandum & gaul hingga sebati
8) masukkan garam dan blackpepper secukup rasa dah siap angkat
9) isi inti dalam loyang yg dilitupi kentang lenyek tadi
10) tutup semula dengan kentang lenyek selebihnya
11) corakkan dengan garfu jika mahu dan bakar dengan api atas bawah sehingga kekuningan




No comments: