Thursday 27 September 2012

Dugaan..


Dugaan..dah macam episod Upin & Ipin pulak ehk..hehe..sambung balik cerita semalam..ok, sebelum aku di bawa ke theater room, seperti biasa nurse akan masukkan tiub kencing dulu..ewwww..bab ni lah yang aku tak suka. Nyilu weh! Rasa macam nak tendang je nurse yang masukkan tiub tu..tapi tak la nak tendang betul2..sebab tahap sabar memang banyak lagi..hehe..

Sampai je kat theater room, aku telah disuntik dengan epidural. Hilang nyilu aku yang amat tu. Perut hingga ke kaki dah mula kebas. Tapi!!! Adeh la, masa caesar dijalankan, aku betul-betul rasa yang perut aku sedang dipotong..Huwaaa!!! Sakitnya..Nurse tanya aku sakitnya macam mana. Tapi masa tu aku tak tahu nak describe macam mana. Nurse berikan penutup oksigen dan sepanjang caesar tu aku baca ayat kursi. 

Rupa-rupanya caesar anak pertama dan kedua ni tak sama rasanya. Doktor kata baby aku terlalu besar dan susah masa nak keluarkannya. Wahh!!! Perkataan tu yang aku dengar bila baby dapat dikeluarkan. Masa tu jugak doktor kata 'Big baby!' Alhamdulillah..baby aku selamat dilahirkan dan aku dengar tangisannya. Doktor pun nasihatkan aku, untuk kelahiran yang akan datang mungkin aku mengalami risiko untuk melahirkan sebab bekas jahitan yang dahulu masih terlekat dan sukar untuk dibedah.

Masa baby aku keluar tu, mata aku sempat tengok jam..2.11pm. Bergegar jugak stretcher masa nak keluarkan baby..Alhamdulillah semuanya selamat. Lepas baby aku dimandikan, terus saja nurse tunjuk kat aku. Dah tak tanya dah aku dapat anak perempuan atau lelaki..hehe..kali ni baby keluar seberat 4.4kg..

Sepanjang pembedahan tu, aku hanya rasa bisa je sehingga aku di bawa ke wad. Masa tu tak ada siapa yang tahu aku dah siap dibedah kecuali nurse dan doktor lah..huhu..waktu melawat pun dah habis. Aku tak tahu macam mana nak telefon hubby aku sebab aku tak tahu beg aku letak kat mana. Nak bangun pun tak boleh lagi sebab bius aku ada lagi. nasib baik ada suami kawan aku lalu. Aku lambai tangan kat dia nak pinjam handphone dia sekejap..

Selepas 2 hari kat hospital, aku dibenarkan balik. Masa nak discharge tu boleh pulak baby aku alami ruam. Terpaksa lah dia dibawa ke wad lain. Alhamdulillah baby tak ada apa-apa. Mungkin ruam biasa je dan kami selamat pulang ke rumah dan akulah orang yang paling gembira..hehehe..susah weh duduk kat hospital ni. Nak susukan anak aku pun susah sebab aku tak ada susu lagi dan baby aku tak mahu susu badan. Sorok2 bawa susu formula..tapi kat rumah aku pam la siap2 susu aku. Sepanjang berpantang baby aku minum susu badan. Lepas tu kering dah..




No comments: