Thursday 20 September 2012

Shifa Nampak 'Kawan'?


Shifa nampak kawan? Kawan dia yang mana satu? Mia? Sofea? Hahaha..budak berdua tu anak jiran aku yang sebaya dengan Shifa. Yang aku nak cerita sekarang ialah 'kawan' Shifa yang kitorang tak nampak. Hanya Shifa je yang nampak...

Jeng..jeng..jeng..seram tak cerita aku ni? Hehehe..Ceritanya berlaku malam tadi masa aku nak tidurkan Shifa. Lepas habis susu dia sebotol, alih-alih je dia duduk dan tunjuk ke arah tingkap bilik kami. Malam tadi hubby aku tak balik, cuma aku, Anna dengan Shifa je kat bilik masa tu..aku tanya Shifa ''kenapa dik?'' Shifa tak kata apa, mungkin dia tunjuk cahaya lampu jalan yang masuk melalui langsir bilik aku yang terselak. Sebab bila nak tidur, memang aku tutup lampu dan biarkan imbasan cahaya lampu jalan je buat lampu tidur kami. Anak-anak aku tak biasa pakai lampu tidur, susah diorang nak tidur nanti..

Bila Shifa tak kata apa dan sambung baring, aku pun tak fikir apa-apa. Tak lama, Shifa pun tidur dengan lenanya..lepas tu baru Anna tidur. Aku pulak tak boleh tidur. Aku bukak lappy kejap layan Youtube, tengok cerita ''Menantu Tip Top''. Gelak aku sorang-sorang bila tengok cerita tu. Cerita lakonan Amiza Aznan jadi mak dan Ebby Yus jadi bapak yang sibuk nak jodohkan anak dia..hahaha..lepas tengok cerita tu baru aku tidur..

Agak-agak dalam pukul 2 pagi aku dengar Shifa batuk. Lepas tu sibuk meraba-raba puting dia tapi tak jumpa. Aku bangun dan suluh guna handphone nak cari puting dia. Rupa-rupanya puting dia tercampak sebelah Anna. Masa dalam proses mencari tu, Shifa terbangun mungkin sebab lambat sangat aku cari puting dia tu..hehehe..lepas jumpa, aku terus sumbat kat mulut dia..

Selalunya bila aku sumbat puting kat mulut dia, dia akan tidur semula. Tapi pagi tadi boleh pulak dia duduk dan terus tunjuk ke arah langsir tingkap tadi..bersungguh-sungguh dia tunjuk. Aku tanya lagi, ''adik nampak apa? Cuba cakap dengan mama.'' Dia tak kata apa, dia diam je..yelah, mungkin dia nampak sesuatu tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Aku terfikir, takkan Shifa suka-suka nak tunjuk macam tu. Aku percaya, Shifa nampak sesuatu. Budak-budak kan boleh nampak benda yang orang dewasa tak nampak.

Dulu Anna pun macam tu masa umur dia macam Shifa. Tapi setiap kali dia nampak, dia akan melalak sakan. Baru-baru ni je dia berani. Kalau tak, kalau tak ada sesiapa yang teman, jangan harap dia nak naik kat tingkat atas tu..Shifa pulak jenis berani. Dia tak nangis pun, dia cuma tunjuk je. Kalau tak kerana aku suruh dia tidur, mungkin dia akan bangun dan pergi kat tempat yang dia tunjuk tu..

Untuk pengetahuan, kat area perumahan aku ni memang ramai dah alami perkara yang sama..siang-siang hari pun ada. Lebih-lebih lagi masa perumahan ni baru di buka..macam-macam kejadian yang diorang alami. Dengar orang tengah blender cili, padahal masa tu tak ada orang yang duduk kat situ lagi..ada orang bagi salam, tengok kat luar tak ada orang pun..hurmm..tawakal je lah..insyaAllah, tak ada apa-apa yang berlaku..



No comments: