Saturday 29 September 2012

Moody


Hari ni nak update entry pun moody..mengantuk..mungkin sebab makan nasi lemak pagi tadi. Banyak mak aku masak nasi lemak pagi tadi sebab kakak aku yang kedua bermalam kat rumah aku. Aku yang cadang nak buat nasi lemak malam tadi, tapi mak aku pagi-pagi dah siapkan..hehehe..meacih mak..aku cuma tolong makan je..huhu..

Pagi-pagi rutin aku ialah mengemas dan mencuci kain baju yang melambak..kat rumah aku tak boleh satu hari tak cuci baju bajan ni..maklumlah..umatnya ramai..satu hari mahu 3-4 kali mandi dan salin baju. Pulak tu cuaca mendung je..memang tak sempat nak kering sebelum aku pergi kerja. Malam nanti lah aku lipat ehk..kadang-kadang mak aku tolong lipatkan kalau dia free. 

Alahmdulillah..aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dari situ aku dapat ketenangan. Tapi, zaman sekarang ni ramai sangat yang suka memberontak, suka complaint dan kurang mensyukuri nikmat walau sedikit. Kalau yang sedikit itu pun tidak bersyukur, apa lagi nikmat yang banyak. Jangan biarkan minda kita rosak kerana terlalu memikirkan diri kita ditindas sedangkan dalam masa yang sama kita menerima segala kenikmatan yang diberikan. 

Aku memang tak pandai nak berhujah dan mencari kesilapan orang lain. Tapi, sebagai makhluk Allah yang tidak banyak ilmu apa lagi pahala yang dihisab, aku redha dengan rezeki yang datang. Kalau Allah tidak memberikannya, maka rezeki itu bukan untuk kita walau kita berusaha. Kita kena percaya pada rezeki. Bukan mengeluarkan statement2 protes yang hanya menunjukkan kelemahan kita sendiri..








No comments: