Friday 28 September 2012

Cerita Malam Tadi


Ini kisah malam tadi..kepada yang sedia maklum dan mana yang sempat datang rumah aku, mesti tahu yang bapa aku sedang sangat uzur. Dia mengalami kanser Penkreas dan dengan umurnya yang sudah menjangkau 85 tahun, sudah pasti keadaannya memang tak mengizinkan. Sedaya upaya kami sekeluarga memenuhi permintaannya. Malam tadi bapa aku nak makan mi goreng. Maka, aku pun mencari mi goreng yang dihajati. Dia tak memaksa kami belikan, dan sebagai anak permintaannya itu bukan lah sesuatu yang membebankan.

Malam tadi jugak aku pergi cari mi goreng. Kebetulan aku kena jemput abang aku kat tempat kerjanya. Cuaca malam tadi pun tak berapa baik. Angin bertiup kuat dan aku nampak cahaya kilat memancar di langit..puitis sungguh ayat aku tu ehk..huhu..satu-satu aku loading anak-anak aku masuk dalam kereta. Encik Hubby tolong pegangkan payung sebab cuaca dah mula gerimis.

Dalam perjalanan, keadaan cuaca semakin teruk. Hujan lebat mencurah-curah dan aku berdoa agar kami dapat menuju ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Encik Hubby pun memandu dengan kadar kelajuan sederhana dan kami selamat sampai.


Masa ni cuaca dah mula reda. Nasib baik tak banyak kenderaan. Sempat aku snap masa kat dalam kereta. Boring menunggu sebenarnya..huhu..lepas tu kami pergi ke kedai makan Nanzeela..


Tengok, special betul baby chair kat sini..siap alas bantal corak rimau lagi..huhu..masa aku snap gambar ni, hubby aku kata ''dah tak ada kerja lah tu''..huhu..


Baru duduk dah menguap dak Shifa ni..mesti selesa duduk kat kerusi tu..hehehe..


Sedang fikir sesuatu..sementara menunggu mi goreng, kami pun mengeteh sekali..aku order teh tarik, En Hubby order Nescafe suam dan Anna aku order Milo kurang ais..hehe..Shifa kongsi minum dengan aku..rasa-rasanya, apa yang Shifa ni fikirkan ehk?


Dia fikir nak keluar lah tu. Dia mana boleh lama-lama kat dalam tu..kena ada sesuatu yang boleh buat dia diam..huhu..


Aku order bubur untuk Shifa..baru lah dia senyap..sambil suapkan kat mulut dia, aku pun suap kat mulut aku sekali..ehehe..Anna tak suka makan bubur. Benda lembik-lembik ni dia tak suka. Sedap jugak bubur nasi ni tau..


Sedap bubur ni..Telur masin dia pun sedap..sebenarnya lama dah tak makan bubur berlauk ni. Masa mengandungkan Anna, puas aku makan tapi yang peliknya Anna tak suka makan bubur ni pulak..ehehe..


Anna sibuk main handphone je..suruh order lain pun dah tak mahu..


Perasan tak straw air Anna tu bengkok..huhu..Encik Hubby lah yang bengkokkan biar senang anak dia nak minum..kalau aku malas nak layan..pernah jugak dia minum dengan aku. Tapi masa tu Encik Hubby tak ada. Dia suruh aku bengkokkan macam mana papa dia buat tu..huhu..haih la..memang aku tak berseni tau. Aku bengkokkan jugak, tapi dia tak boleh sedut air..kakahkah..


Sampai aku habis makan dia macam ni je..budak-budak kalau dah pegang gadget, semua dah tak hirau. Milo ais dia pun aku tolong habiskan..kalau tak, orang lain baru nak mula, dia dah habis dulu..huhu..ini lah kisah malam tadi..oh ya, mi goreng yang aku beli tu bapa aku cuma jamah sikit je. Jadi lah, buat lepas teringin dia tu..bukan aku tak boleh masakkan, tapi masa tu dah pukul 9.30 malam, bahan pun tak ada..




No comments: