Monday 24 September 2012

Tiba-tiba Cerita Emo Pulak


Tengah leka melangut, tiba-tiba sorang member aku call..''wei, busy ke?'' Hehehe..busy? Busy jugak lah..busy berangan..hahaha..kat opis lah tempat aku melepaskan lelah. Kat rumah, kepada yang sedia maklum, memang aku busy sesangat..busy dengan rumah tangga, anak-anak dan orang tua aku..tak apa, janji aku memang happy buat benda tu semua.

Happy? Kepada yang sedia maklum juga, aku kan memang happy go lucky! Kena marah pun boleh happy lagi..hahaha..''wei, ape cerita dengan kes dulu tu?''..tanya member aku tu lagi. Kes? Oh ya, kes tu aku anggap dah tutup. Malas nak fikir, buat serabut kepal hotak je. Aku nak happy2..

''Malas lah aku nak fikir beb, let it go!''

''Wei, ko ni memang kan. Orang dah buruk-burukkan ko pun, ko still buat tak ada apa-apa je,''

''Ko tak kenal aku beb?''

''Ya, aku kenal sangat dengan ko ni.''

''Thanks beb, sebab ko kenal aku.''

Kat hujung talian aku dengar dia mengeluh..

''Kesian kat ko beb...''

''Thanks beb, sebab ko kesiankan aku.''

Kesian aku tengok member aku yang sorang ni. Sepatutnya aku lah yang kena sedih. Mungkin dia geram dengan si pelaku. Aku? Apa ada hal..aku memang macam ni je..happy macam biasa. Dikutuk, dicaci, dihina..aku dah lali..aku tak suka nak serius sangat, sebab tu bukan aku..aku tak mahu melihat karmanya. Serius! Aku tak suka melihat karma orang lain! Aku benci!

Maaf? Kelemahan aku, aku memang mudah memaafkan orang. Walaupun aku tak ucapkannya, bila aku nampak tenang, aku dah memaafkannya. Dan itu satu perkara yang member aku ni sangat menyampah dengan aku..hahaha..Dah banyak kali member aku ni call tanya pasal aku dan banyak kali jugak aku katakan yang aku ok. 

Bukan lah aku nak kata diri aku ni sempurna. Tapi mungkin dah sifat aku macam tu dan tak bermakna aku tidak bersedih bila mendengar kesedihan orang lain. Beb, siapa nak pujuk hati kita kalau tak kita sendiri.   Dalam hidup ni aku tak mahu cari pasal dan buat orang cari pasal dengan aku. Siapa pula aku untuk menahan orang lain untuk cari pasal?

Jawapan memang tak ada kan. Pedulikan cakap-cakap orang, berdiam diri dan berdoa kesejahteraan mereka itu lebih baik. Itulah cara aku sebenarnya. Cara untuk aku kembali tenang. Dendam tu tak bagus, hati jadi keras minda jadi busuk...erk..betul ke macam tu? Huhuhu..





No comments: