Friday, 7 August 2026

Cerita Aku

      Lamanya tak blogging..rindu nak menaip tapi tu lah, tak ada masa. Inilah kehidupan. Go with the flow. Seiring dengan usia maka begitu juga dengan kehidupan dan cara kita berfikir. Tua tak bermakna kita matang. Muda tak bermakna kita naif. Pengalaman akan mengajar kita sesusatu tentang kehidupan. Tentang perhubungan, alhamdulillah dikurniakan dengan keluarga yang bahagia. Bahahagia dengan cara sendiri. Tidak dipengaruhi dengan cara atau gaya hidup orang lain. Cukup dengan suami yang memahami, bertanggungjawab dan tahu agama. 

   Dikurniakan dengan kehadiran dua orang cahaya mata perempuan yang masing-masing sudah meningkat remaja melengkapkan keluarga kecil kami. Kehidupan seharian kami biasa-biasa sahaja. Tidaklah bermewah-mewah tetapi mencukupi. Aku pun sudah 14 tahun tidak bekerja. Menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya..haha..Stress? Tidak! Sebab aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat prihatin dan ambil berat. Cuma sedikit sibuk dengan tugas hakiki. 

    Anak-anak masih belajar. Si kakak sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer manakala si adik masih berada di tingkatan 3. Alhamdulillah, masing-masing mudah dibentuk dan menyenangkan. Mungkin suami juga sama-sama mendidik anak-anak dalam membina sahsiah diri mereka. Yang lebih mengharukan, suami sangat menitik beratkan anak-anak supaya meratukan ibu mereka dan begitu juga dengan aku, sangat menekankan anak-anak supaya menghormati bapa mereka seperti orang lain juga.

No comments: