Lamanya tak blogging..rindu nak menaip tapi tu lah, tak ada masa. Inilah
kehidupan. Go with the flow. Seiring dengan usia maka begitu juga dengan
kehidupan dan cara kita berfikir. Tua tak bermakna kita matang. Muda tak
bermakna kita naif. Pengalaman akan mengajar kita sesusatu tentang kehidupan.
Tentang perhubungan, alhamdulillah dikurniakan dengan keluarga yang bahagia.
Bahahagia dengan cara sendiri. Tidak dipengaruhi dengan cara atau gaya hidup
orang lain. Cukup dengan suami yang memahami, bertanggungjawab dan tahu agama.
Dikurniakan dengan kehadiran dua orang cahaya mata perempuan yang masing-masing
sudah meningkat remaja melengkapkan keluarga kecil kami. Kehidupan seharian kami
biasa-biasa sahaja. Tidaklah bermewah-mewah tetapi mencukupi. Aku pun sudah 14
tahun tidak bekerja. Menjadi suri rumah sepenuh masa yang berjaya..haha..Stress?
Tidak! Sebab aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat prihatin dan ambil
berat. Cuma sedikit sibuk dengan tugas hakiki.
Anak-anak masih belajar. Si kakak
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer manakala si adik masih
berada di tingkatan 3. Alhamdulillah, masing-masing mudah dibentuk dan
menyenangkan. Mungkin suami juga sama-sama mendidik anak-anak dalam membina
sahsiah diri mereka. Yang lebih mengharukan, suami sangat menitik beratkan
anak-anak supaya meratukan ibu mereka dan begitu juga dengan aku, sangat
menekankan anak-anak supaya menghormati bapa mereka seperti orang lain juga.